Isnin, 1 Ogos 2011

Takde title

Assalamualaikum wbt.

Punya lama la aku tak update blog ni. Habuk dah seinci dah. Busy gila dowh masa kat maktab abiskan KPLI. Sekarang dah free, free sangat la pulak. Cuti sekolah aku ni sejak Jun tak penah habis2 lagi. Panjang gile cuti aku weh dah 3 bulan dah. *Kalo gaji masuk takpelaaa jugak, ini tak  $%@!!*

Byk pengalaman yg menyeronokkan selama di maktab. InsyaAllah, ilmu yg ditimba akan diaplikasi sebaik2nya bila dah mengajar di sekolah nanti. Transkrip penuh keputusan peperiksaan pun dah kluar. Alhamdulillah, keputusan sgt2 menggembirakan. Penat usaha selama ni, rasa2 aku tak penah la study kuat gila cam masa kat maktab, xpenah sehari tak buat keja. Bukan nk cakap besar ke hape, tp mmg dah keja / assignment melambak2. 

Wordcard aku mmg semua tulis tangan je.

Syukur juga, selain drpd result keseluruhan, praktikum jugak cemerlang sama. Bukan senang nak dpt, siap kena video tape dgn jabatan bahasa lagi masa observation. Hmm.. nak diingat2, masa praktikum la paling seksa. Nak2 diberi pulak mengajar kelas Tahun 1. Mmg la senang bagi hampa, tapi kena ingat Tahun 1 mulai 2011 ni ptama kali nak implement KSSR. Hampeh.. mmg lost jugak la aku mula2, dahla awal taun, Januari 2011, cikgu pembimbing aku pun baru je 2 mggu sempat mengajar budak2 tu menggunakan kurikulum baru tu sblum aku mai. Tp lama2 rasanya lebih bgus KSSR ni sbb guna modular punya approach. Hujung minggu je balik kpg, terperap kat bilik siapkan lesson plan seminggu punya. Satu lesson plan smpai 4-5 muka surat. Perah otak gila2 la nk buat utk 5 hari punya. Kat sekolah pula, tiap2 mggu ada observation. Makin minggu2 terakhir boleh pulak smpai berdouble2 observation. Haihhh.. kalo nak cita, mmg penat gila la masa praktikum. Tapi seronok sekolah tu, environment keja yang tidak stressful. GB dan guru2 pun baik sungguh dan sgt supportive :)

SK Tungkah Melayu / Pedalaman 1, Sarawak / Daerah Simunjan.


Satu je harapan aku, harap2 aku ditempatkan di pedalaman. Pedalaman di mana aku dpt lakukan perubahan. Pedalaman di mana aku dapat berkembang sebagai seorang insan. Sementara blum kawen, ni la peluang yg harus kita rebut kan? Tanggungjawab sosial.

Mengajar ikhlas dari hati. Biarlah apa org kata, cuma kita yg tahu diri kita. Betulkan niat. Sesungguhnya, insan yang cemerlang datang dari hati yg suci. Quote yg aku tiru dari boifren aku. heh..heh..