Scaffolding.
kali pertama jumpa bila terbaca kat tajuk Pengajaran (Pedagogi),
sbb nak prepare utk presentation.
aku abaikan je...tak pahamlah apa perkataan ni.
Scaffolding.
aiiihh......Miss Fraulein sebut lagi dalam kuliah
English - Methodology pada suatu petang tu.
tak boleh jadi ni, pekebenda la scaffolding tu.
nanti aku nak cari la.
terpaksalah perah otak baca
sebab nanti nak kena bentang.
huhu...
senang je konsep scaffolding sebenarnya.
ia ialah bantuan yang diberikan oleh guru
untuk membantu pembelajaran seorang murid itu.
dalam erti kata lain,
guru membantu murid itu
untuk menguasai sesuatu tugasan
sehingga pelajar tersebut
boleh menyelesaikan tugasannya independently.
guru tu macam membina jambatan laa,
antara pengetahuan yang telah ada pada pelajar tersebut
dengan apa yang dia belum ketahui.
kalau tugasan tu nampak susah, pecahkan kepada bahagian2 yang lebih kecil, ikut juga kemampuan / tahap pelajar kalau ingin memberi tugasan.
sebab, jika tugasan terlalu senang, pelajar jadi bosan,
kalau tugasan terlalu susah pula pelajar mudah untuk kecewa
kerana tak dapat selesaikannya.
beri bantuan (scaffolding) sehingga pelajar mampu
untuk bergerak menyelesaikan tugasan secara independent,
kalau dia dah boleh menguasai dengan sendiri,
guru boleh hentikan bantuan gradually agar pelajar boleh berkembang.
ada banyak lagi pendekatan dalam scaffoding. ini cuma salah satu daripadanya.
itulah setakat pemahaman saya, mungkin ada kurangnya, silap salahnya,
sesiapa yang tahu, boleh la tambah. agar kita saling sama belajar. :)