Mahal siot!! Abang aku and wife dia mmg bagi anak dia susu ni.
Agak mahal jugak, boleh cecah rm70 setin tuuu, tp baik kot utk perkembangan awal bayi.
Yela, sel-sel otak kan mesti berhubung, makan dengan itu pembelajaran akan berlaku.
Cewah.... aku ni..... hahaha
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) — Mead Johnson Nutritionals memberi jaminan kepada para pengguna di Malaysia, Singapura dan Brunei bahawa syarikat itu tidak menggunakan tenusu atau protein yang mengandungi ramuan mentah dari China di tapak kilangnya. Katanya ujian yang dijalankan ke atas produknya menunjukkan tiada kesan pencemaran melamin. “Mead Johnson menjamin kepada para ibu bapa bahawa produk kami terus selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mead Johnson berkata ini disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang memberikan kelulusan dengan menerbitkan satu senarai yang memaparkan 25 produk sebagai selamat bagi penggunaan. Produk itu termasuk Enfalac A+, Enfagrow A+Vanilla, Sustagen Junior Honey dan Enfalac LF. Mead Johnson berkata ia mengeluarkan berjuta-juta tin dan kotak produk setiap tahun menggunakan standard kualiti tertinggi. “Produk kami tertakluk kepada pelbagai pemeriksaan kawalan mutu semasa dan selepas pengeluaran bagi memastikan kualiti dan keselamatan,” katanya. — BERNAMA
**hmmm okla tu**
Petua anak sembelit
1. Kurangkan dos susu tersebut, jika 2 sudu, kurang kepada 1
2. Amalkan kayuh basikal, pegang kaki anak dan goyang perlahan-lahan macam kayuh basikal, buat beberapa minit, dan berhenti, selang 20 minit atau 30 minit cuba 1 kali lagi dan rehat. Ramai yang cuba petua ini berjaya.
Atau
3. Kemudian anda boleh perah limau sunkist ambil air 1 sudu dan beri pada bayi yang sembelit, doktor pun cakap bagi tu,
Jika sembelit berlanjutan, jumpa doktor, mungkin ada masalah lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan