Isnin, 10 Januari 2011

Pesawat Air Asia tergelincir dari landasan di Kuching International Airport, KIA

Sangat terkejut mendengar tentang pesawat Air Asia tergelincir daripada landasan di Kuching International Airport, KIA. Hmmm... agak membahayakan jugak la kerana 4 penumpang dikatakan cedera dan telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak. Banyak flight pada hari tersebut cancel dan telah menyukarkan ramai penumpang.

Dgr cerita semasa tergelincir tu semua penumpang menjerit ketakutan di dalam flight, tayar pesawat juga dikatan berasap-asap. MasyaAllah. takutnye.... bayangkan la betapa fobia nya penumpang pesawat tersebut selepas ini. Tgk gambar2 di bawah, tayar pesawat terperosok ke dalam tanah.






Baca kat facebook, ada macam2 feedback. Huhu... ada yang hentam Air Asia, ada yang berhati baik terima saja dengan redha, tapi macam mana kalau ada ahli keluarga kita yang berada di dalam penerbangan tersebut, mesti kita pun tak puas hati kan dengan Air Asia?? huhuhu.. tepuk dada tanya selera.

# 1.  ada yang kata sebenarnya Air Asia tu minyak nya cukup2 jer. sebab tu dia terpaksa mendarat emergency. yela... kalo dalam cuaca yang buruk, pesawat tak di benarkan landing, mungkin kena berlegar2 dulu di awangan atau cari tempat lain yang selamat untuk mendarat.

# 2.  ingin dimaklumkan kepada semua. cuaca di Kuching sekarang memang agak buruk. hari-hari hujan. kawasan batu kawa juga telah ditenggelami oleh banjir sehingga ramai penduduk telah berpindah ke kawasan selamat. 

So,  pandai2 la menilai sendiri ye.. mungkin ada silapnya Air Asia di sini, dan takleh juga salahkan Air Asia 100% sbb keadaan cuaca di Kuching agak buruk pada waktu ini menyebabkan landasan licin (mmg tiap2 taun mcm ni, cuaca agak kembali baik selepas CNY biasanya).

Aku memang penumpang setia Air Asia sejak zaman belajar dulu lagi hinggalah la ni, huhu... aku rasa aku pun jadi takut jugak lepas ni... adoiiii!!

p/s: Cadangkan pilot mengetuai bacaan doa naik kenderaan bersama2 penumpang setiap kali sebelum terbang. Jadikan amalan. InsyaAllah Allah adakan yang terbaik buat hambanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan