Selasa, 5 Februari 2013

A Proud Madam

Alhamdulillah. Syukur padaMu Ya Allah.
We've been happily married for almost 3 months now.

Kau sempurna bagiku, tak kurang sesuatu. Kau terima apa adaku.

Isnin, 8 Oktober 2012

Guru kehidupanku

Kadangkala ku jemu dgn kehidupanku
Kadangkala ku jadi putus asa dgn kesusahanku
Kadangkala malas dtg bertamu mnjadikanku seorang yg leka

Sentiasa ku ingin bangkit
Kembali ke semangat asalku
Seperti dahulu kala

Allah temukanku dgn seorang guru kehidupanku
Allah tunjukkanku jalan kembali mjadi seorang insan produktif
Allah permudahkan jlnku menghayati besarnya tugas guru

Ampuniku Ya Allah jika ku pernah mengabaikan amanahMu
Terima kasih Allah temuiku dgn guruku
Tetapkan imanku, tetapkan tekunku, tetapkan hatiku di landasan keikhlasan.
Bekerja keranaMu Ya Tuhan.

Sahabat ku sekalian, kuperkenalkan, guru ku di alam kehidupan.

Terima kasih guruku, walau kau mungkin tidak mengenali siapa aku, namun telah byk pelajaran hidup ku tuntut darimu. Semoga Allah sentiasa melindungimu. Amin...

Sabtu, 22 September 2012

Wedding diary

Tgkla tinggal 55 hari je lagi. Adoi... Nervous gila. Bkn pasal nk jadi wife org, tp pasal urusan majlis yg ada lagi matter blum finalize.

Hari ni keja aku dok tulis kad jemputan, lipat satu-satu dan masuk sampul. Tu pun baru 1/4 siap. Byknyaaa nk buat. Sakit dah pinggang duk kat meja.

*Baru aku tau betapa remehnya nak handle majlis kawen*

Jumaat, 31 Ogos 2012

Parut lama berdarah lagi. Hanya Allah yang mampu mengerti rahsia hati. Sakitnya Ya Allah :'(

Khamis, 26 Januari 2012

Jumaat, 2 Disember 2011

Sebingkis Rasa Buat Kamu



Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya




Tq abg. I will always love you.

Khamis, 20 Oktober 2011

Takde Title III

MAKLUMAT PENEMPATAN ANDA SEPERTI BERIKUT:

NEGERI PENEMPATAN : SABAH

PPD KINABATANGAN



hmm..... speechless. 
sgt down. 
rasa nak muntah. 
dah 2 hari takda selera makan. 
semangat melayang-layang. 
i'm going to miss home so badly.

mungkin takda sapa yg boleh paham perasaan aku ketika ini.

Ahad, 18 September 2011

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

Setiap tahun ada sahaja isu yang dikaitkan dengan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan Augerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).

Memang kita tidak boleh memuaskan hati semua orang, namun sebagai Pegawai Penilai Pertama dan Pegawai Penilai Kedua kita mesti bersikap seadil-adilnya dan mengambil kira pelbagai faktor supaya markah yang kita berikan benar-benar tepat dan wajar dengan sumbangan individu tersebut untuk tahun semasa. Selain kriteria yang diberikan dalam borang LNPT tersebut, jangan sesiapa di kalangan yang menjadi pegawai penilai menambah kriteria lain yang tidak wujud menurut sesuka hati seperti 1)memberi pertimbangan di luar tahun semasa, 2)berasaskan hubungan intim orang itu dengan majikan dan 3) kerana ingin mengambil hatinya. Selain itu, pihak yang memberikan markah mestilah berhati-hati semasa memberi markah supaya tiada berlaku kesilapan sehingga menganiaya individu-individu tertentu. Pastikan markah yang diberi dalam borang LNPT itu sama dengan markah yang diberi dalam komputer. Komputer yang digunakan untuk mengisi jumlah markah tidak boleh, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja terdedah kepada individu-individu yang tidak berkaitan sehingga memungkinkan ada peluang untuk melakukan pindaan dan pengubahsuaian markah yang telah pun diputuskan lebih awal. Sebab itu adalah lebih tepat jika markah itu diisi oleh pengetua menggunakan komputer peribadi atau komputer yang dikhaskan kepada pengetua sahaja. Itu yang berkaitan dengan LNPT, bagaimana pula halnya dengan APC. Calon Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebenarnya dipilih daripada mereka yang telah mendapat markah tahap cemerlang dalam LNPT iaitu 80% ke atas. Maknanya sesiapa sahaja yang mendapat 80% dan ke atas berhak dipertimbangkan oleh majikan untuk mendapat anugerah tahunan itu. Memandangkan APC merupakan anugerah tahunan semasa, tidak mustahil seorang individu akan mendapat dua kali atau lebih anugerah tersebut jika dia dapat mengekalkan prestasinya. Walau bagaimanapun adalah perlu bagi seseorang pengetua mengurus tadbir APC ini sebaik-baiknya agar ia boleh digunakan untuk merangsang budaya kerja dengan ikhlas oleh para guru dan kakitangan sekolah. Kita tidak mahu kesilapan urus tadbir APC akan menyebabkan berlaku sebaliknya iaitu melunturkan semangat kerja dan membunuh motivasi seseorang.Satu perkara yang perlu diberi perhatian tentang APC ini ialah seseorang yang mendapat markah yang tertinggi tidak semestinya akan mendapat APC. Pengetua berhak untuk memilih daripada mereka yang mendapat markah tertinggi tadi untuk dicalonkan sebagai penerima anugerah. Katakanlah A mendapat 98% dan B pula mendapat 87%. Oleh kerana A sudah mendapat anugerah tersebut, dan B pula merupakan seorang kakitangan yang bermotivasi dan dedikasi, maka pengetua berhak mencalonkan B untuk menerima anugerah tersebut sekalipun markahnya kurang daripada A. APC sebenarnya adalah alat untuk menggalakkan persaingan secara sihat antara guru dan cara untuk meningkatkan motivasi mereka dan pengetua diberi kuasa seluas-luasnya untuk mengurus APC demi kemajuan sekolah untuk jangka panjang.


Sumber: http://gurubashid.com