Memaparkan catatan dengan label renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label renungan. Papar semua catatan

Jumaat, 16 September 2011

Makna Disebalik Perkahwinan

Tertarik dgn perkongsian rakan-rakan yg dah tersebar luas kat FB, ingin aku kongsikan dlm blog ni pulak.



Makna disebalik sebuah perkahwinan yang perlu semua org tahu..


"Aku terima nikahnya si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM....."


Bunyi macam senang kan? Nah ini erti sebenarnya:"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka, aku rela malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badanku." MasyaAllah.

Ni erti yg lagi satu, 'Aku terima nikahnya' tu jika dilihat dengan makna seperti di bawah..kan molek...

:Aku tgk dia; pahala. Aku panggil dia "syg"; pahala. Aku pgang dia; pahala. Aku kiss dia; pahala. Aku meniduri dia; pahala. Pg aku keluar mncri rezki deminya; pahala. Aku brusaha bersmnya mndpt zuriat; pahala! Aku bersama2nya mndidik anak; pahala! aku puji dia:pahala! sama2 lah mnghayati maksud sebenar perkahwinan..

Sama-sama kita renungkan, ambil yg baik jadikan pedoman, dan sama-samalah kita beramal.



Rabu, 14 September 2011

Takde Title II



Ya Allah, Jika rezekiku masih di langit, turunkanlah. Jika ada di dalam bumi, keluarkanlah. Jika sulit, mudahkanlah. Jika haram, sucikanlah. Jika masih jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Hanya kepada-Mu ku memohon Ya Allah, sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah melainkan Mu Ya Allah.


Amin ya robbal alamin...

Isnin, 1 Ogos 2011

Takde title

Assalamualaikum wbt.

Punya lama la aku tak update blog ni. Habuk dah seinci dah. Busy gila dowh masa kat maktab abiskan KPLI. Sekarang dah free, free sangat la pulak. Cuti sekolah aku ni sejak Jun tak penah habis2 lagi. Panjang gile cuti aku weh dah 3 bulan dah. *Kalo gaji masuk takpelaaa jugak, ini tak  $%@!!*

Byk pengalaman yg menyeronokkan selama di maktab. InsyaAllah, ilmu yg ditimba akan diaplikasi sebaik2nya bila dah mengajar di sekolah nanti. Transkrip penuh keputusan peperiksaan pun dah kluar. Alhamdulillah, keputusan sgt2 menggembirakan. Penat usaha selama ni, rasa2 aku tak penah la study kuat gila cam masa kat maktab, xpenah sehari tak buat keja. Bukan nk cakap besar ke hape, tp mmg dah keja / assignment melambak2. 

Wordcard aku mmg semua tulis tangan je.

Syukur juga, selain drpd result keseluruhan, praktikum jugak cemerlang sama. Bukan senang nak dpt, siap kena video tape dgn jabatan bahasa lagi masa observation. Hmm.. nak diingat2, masa praktikum la paling seksa. Nak2 diberi pulak mengajar kelas Tahun 1. Mmg la senang bagi hampa, tapi kena ingat Tahun 1 mulai 2011 ni ptama kali nak implement KSSR. Hampeh.. mmg lost jugak la aku mula2, dahla awal taun, Januari 2011, cikgu pembimbing aku pun baru je 2 mggu sempat mengajar budak2 tu menggunakan kurikulum baru tu sblum aku mai. Tp lama2 rasanya lebih bgus KSSR ni sbb guna modular punya approach. Hujung minggu je balik kpg, terperap kat bilik siapkan lesson plan seminggu punya. Satu lesson plan smpai 4-5 muka surat. Perah otak gila2 la nk buat utk 5 hari punya. Kat sekolah pula, tiap2 mggu ada observation. Makin minggu2 terakhir boleh pulak smpai berdouble2 observation. Haihhh.. kalo nak cita, mmg penat gila la masa praktikum. Tapi seronok sekolah tu, environment keja yang tidak stressful. GB dan guru2 pun baik sungguh dan sgt supportive :)

SK Tungkah Melayu / Pedalaman 1, Sarawak / Daerah Simunjan.


Satu je harapan aku, harap2 aku ditempatkan di pedalaman. Pedalaman di mana aku dpt lakukan perubahan. Pedalaman di mana aku dapat berkembang sebagai seorang insan. Sementara blum kawen, ni la peluang yg harus kita rebut kan? Tanggungjawab sosial.

Mengajar ikhlas dari hati. Biarlah apa org kata, cuma kita yg tahu diri kita. Betulkan niat. Sesungguhnya, insan yang cemerlang datang dari hati yg suci. Quote yg aku tiru dari boifren aku. heh..heh..

Selasa, 11 Januari 2011

Michael Jackson mati akibat pembunuhan


LOS ANGELES: Kematian Michael Jackson akibat pembunuhan berikutan ketidaklayakan dan ketidakcekapan rawatan perubatan yang diberikan kepadanya, kata seorang pakar forensik pada perbicaraan ke atas doktor peribadi penyanyi terkenal yang menghadapi tuduhan membunuh tanpa niat.

Ketua Forensik Ubatan-Ubatan di Pejabat Koroner Daerah Los Angeles, Christopher Rogers, berkata raja pop terkenal itu sebelum kematiannya pada Jun 2009 mempunyai tahap kesihatan yang baik.

Doktor peribadu Jackson, Conrad Murray dituduh kerana memberi dadah jenis propofol yang kuat bagi membantu penyanyi itu untuk tidur selepas keletihan kerana terbabit dalam beberapa konsert di London.

Rogers berkata, Jackson mati kerana diberi propofol yang berlebihan yang biasanya digunakan di hospital untuk persiapan membius pesakit dan tidak sepatutnya diberi kepada penyanyi itu untuk tidur.

Dalam perbiacaraan awal di Mahkamah Tinggi Los Angeles, Rogers berkata beliau memutuskan kematian Jackson akibat pembunuhan walaupun sebelum ini Murray mendakwa penyanyi itu sendiri mengambil dadah propofol ketika Murray tiada di biliknya.
“Berdasarkan kualiti ubat-ubatannya, saya memutuskan ia adalah pembunuhan," katanya. - AFP


p/s: percaya atau tidak, terpulang. huhu..

Selasa, 30 November 2010

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??

Sumber: http://www.facebook.com/pages/Blog-Nya-Mas-Rully/179112335435605


Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.