Memaparkan catatan dengan label ilmu pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ilmu pendidikan. Papar semua catatan

Ahad, 18 September 2011

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

Setiap tahun ada sahaja isu yang dikaitkan dengan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan Augerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).

Memang kita tidak boleh memuaskan hati semua orang, namun sebagai Pegawai Penilai Pertama dan Pegawai Penilai Kedua kita mesti bersikap seadil-adilnya dan mengambil kira pelbagai faktor supaya markah yang kita berikan benar-benar tepat dan wajar dengan sumbangan individu tersebut untuk tahun semasa. Selain kriteria yang diberikan dalam borang LNPT tersebut, jangan sesiapa di kalangan yang menjadi pegawai penilai menambah kriteria lain yang tidak wujud menurut sesuka hati seperti 1)memberi pertimbangan di luar tahun semasa, 2)berasaskan hubungan intim orang itu dengan majikan dan 3) kerana ingin mengambil hatinya. Selain itu, pihak yang memberikan markah mestilah berhati-hati semasa memberi markah supaya tiada berlaku kesilapan sehingga menganiaya individu-individu tertentu. Pastikan markah yang diberi dalam borang LNPT itu sama dengan markah yang diberi dalam komputer. Komputer yang digunakan untuk mengisi jumlah markah tidak boleh, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja terdedah kepada individu-individu yang tidak berkaitan sehingga memungkinkan ada peluang untuk melakukan pindaan dan pengubahsuaian markah yang telah pun diputuskan lebih awal. Sebab itu adalah lebih tepat jika markah itu diisi oleh pengetua menggunakan komputer peribadi atau komputer yang dikhaskan kepada pengetua sahaja. Itu yang berkaitan dengan LNPT, bagaimana pula halnya dengan APC. Calon Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebenarnya dipilih daripada mereka yang telah mendapat markah tahap cemerlang dalam LNPT iaitu 80% ke atas. Maknanya sesiapa sahaja yang mendapat 80% dan ke atas berhak dipertimbangkan oleh majikan untuk mendapat anugerah tahunan itu. Memandangkan APC merupakan anugerah tahunan semasa, tidak mustahil seorang individu akan mendapat dua kali atau lebih anugerah tersebut jika dia dapat mengekalkan prestasinya. Walau bagaimanapun adalah perlu bagi seseorang pengetua mengurus tadbir APC ini sebaik-baiknya agar ia boleh digunakan untuk merangsang budaya kerja dengan ikhlas oleh para guru dan kakitangan sekolah. Kita tidak mahu kesilapan urus tadbir APC akan menyebabkan berlaku sebaliknya iaitu melunturkan semangat kerja dan membunuh motivasi seseorang.Satu perkara yang perlu diberi perhatian tentang APC ini ialah seseorang yang mendapat markah yang tertinggi tidak semestinya akan mendapat APC. Pengetua berhak untuk memilih daripada mereka yang mendapat markah tertinggi tadi untuk dicalonkan sebagai penerima anugerah. Katakanlah A mendapat 98% dan B pula mendapat 87%. Oleh kerana A sudah mendapat anugerah tersebut, dan B pula merupakan seorang kakitangan yang bermotivasi dan dedikasi, maka pengetua berhak mencalonkan B untuk menerima anugerah tersebut sekalipun markahnya kurang daripada A. APC sebenarnya adalah alat untuk menggalakkan persaingan secara sihat antara guru dan cara untuk meningkatkan motivasi mereka dan pengetua diberi kuasa seluas-luasnya untuk mengurus APC demi kemajuan sekolah untuk jangka panjang.


Sumber: http://gurubashid.com

Khamis, 15 September 2011

Blog Cikgu

 Saje nak promo blog nie.

"Cikgu Blog"  <--- klik kat sini
Kalau anda seorang guru, tak rugi bukak blog ni. Semua maklumat pun ada, baik utk kebajikan guru, kebajikan murid pun ada.

Maklumat macam mana? Contoh maklumat spt, sistem pertukaran guru, tips peperiksaan, program-program yg sedang dijalankan,  maklumat cuti belajar, maklumat Hadiah Latihan Persekutuan, MBMMBI, SAPS & mcm2 lagi la... 

ENJOY!

Isnin, 1 Ogos 2011

Takde title

Assalamualaikum wbt.

Punya lama la aku tak update blog ni. Habuk dah seinci dah. Busy gila dowh masa kat maktab abiskan KPLI. Sekarang dah free, free sangat la pulak. Cuti sekolah aku ni sejak Jun tak penah habis2 lagi. Panjang gile cuti aku weh dah 3 bulan dah. *Kalo gaji masuk takpelaaa jugak, ini tak  $%@!!*

Byk pengalaman yg menyeronokkan selama di maktab. InsyaAllah, ilmu yg ditimba akan diaplikasi sebaik2nya bila dah mengajar di sekolah nanti. Transkrip penuh keputusan peperiksaan pun dah kluar. Alhamdulillah, keputusan sgt2 menggembirakan. Penat usaha selama ni, rasa2 aku tak penah la study kuat gila cam masa kat maktab, xpenah sehari tak buat keja. Bukan nk cakap besar ke hape, tp mmg dah keja / assignment melambak2. 

Wordcard aku mmg semua tulis tangan je.

Syukur juga, selain drpd result keseluruhan, praktikum jugak cemerlang sama. Bukan senang nak dpt, siap kena video tape dgn jabatan bahasa lagi masa observation. Hmm.. nak diingat2, masa praktikum la paling seksa. Nak2 diberi pulak mengajar kelas Tahun 1. Mmg la senang bagi hampa, tapi kena ingat Tahun 1 mulai 2011 ni ptama kali nak implement KSSR. Hampeh.. mmg lost jugak la aku mula2, dahla awal taun, Januari 2011, cikgu pembimbing aku pun baru je 2 mggu sempat mengajar budak2 tu menggunakan kurikulum baru tu sblum aku mai. Tp lama2 rasanya lebih bgus KSSR ni sbb guna modular punya approach. Hujung minggu je balik kpg, terperap kat bilik siapkan lesson plan seminggu punya. Satu lesson plan smpai 4-5 muka surat. Perah otak gila2 la nk buat utk 5 hari punya. Kat sekolah pula, tiap2 mggu ada observation. Makin minggu2 terakhir boleh pulak smpai berdouble2 observation. Haihhh.. kalo nak cita, mmg penat gila la masa praktikum. Tapi seronok sekolah tu, environment keja yang tidak stressful. GB dan guru2 pun baik sungguh dan sgt supportive :)

SK Tungkah Melayu / Pedalaman 1, Sarawak / Daerah Simunjan.


Satu je harapan aku, harap2 aku ditempatkan di pedalaman. Pedalaman di mana aku dpt lakukan perubahan. Pedalaman di mana aku dapat berkembang sebagai seorang insan. Sementara blum kawen, ni la peluang yg harus kita rebut kan? Tanggungjawab sosial.

Mengajar ikhlas dari hati. Biarlah apa org kata, cuma kita yg tahu diri kita. Betulkan niat. Sesungguhnya, insan yang cemerlang datang dari hati yg suci. Quote yg aku tiru dari boifren aku. heh..heh..

Khamis, 2 Disember 2010

Make a Difference

"You can never tell what type of impact you may have on another's life by your actions.. or lack of action."




Seribu kali kutonton, seribu kali jua air mata tidak mampu kukekang daripada terus mengalir.
Betapa besar tugas yang harus dipikul seorang guru, bukanlah semudah ABC dan 123 seperti tanggapan umum.
Apatah lagi dengan hanya berbekalkan ilmu yang cetek di dada, bagiku cabarannya amat besar.


Berikanku kekuatan Ya Allah.
Terangi diriku dengan cahaya ilmu Mu.
Kurniakanku jiwa pendidik yang tulus.
Moga sentiasa kekal di sepanjang perjalanan hidupku.
Amin Ya Rabbal alamin...

Rabu, 1 Disember 2010

Guru sebagai alat integrasi nasional?

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan sejarah hitam bagi negara kita. Mari imbas kembali:


Tragedi 13 Mei 1969

Peristiwa ini merupakan suatu peristiwa yang sangat penting dalam sejarah perkembangan negara dan bangsa Malaysia. Pada umumnya, kepentingan peristiwa tersebut menjadi satu titik utama ke arah pemikiran semula dasar-dasar negara dan proses re-engineering masyarakat dilakukan dengan komprehensif meliputi semua bidang iaitu ekonomi, sosial dan politik. ia bertujuan merapatkan semula jurang antara kaum yang selama ini wujud dalam hubungan sosial mereka.

Dalam membina masyarakat dan negara yang utuh, profesion perguruan di Malaysia mempunyai matlamatnya yang tersendiri untuk menjayakan misi ini.

Guru seharusnya dapat mengintegrasikan prinsip kepercayaan kepada Tuhan dalam semua mata pelajaran yang diajarnya. Ini akan dapat memperkuatkan moral dan pegangan para pelajar dan akan menghalang pertumbuhan fahaman ateistik, materialistik sekularisme.

Para guru juga turut bertanggungjawab sepenuhnya dalam merealisasikan Wawasan 2020. Usaha pembangunan manusia perlu dijalankan secara bertahap dan berterusan untuk jangka panjang. Pembangunan manusia tidak dapat dijalankan mengikut jalan pintas. Ini hanya akan menghasilkan manusia yang nampaknya maju tetapi jiwanya kosong serta tidak mempunyai akar yang kuat untuk berpegang kepada nilai-nilai murni budaya dan agama.

Oleh itu, pembinaan akidah, agama, akhlak, etika dan estetika merupakan tahap asas yang perlu diterapkan bagi membentuk insan yang baik. Ciri-ciri asas pembangunan insan ini selaras dan bertepatan sekali dengan cabaran keempat dalam Wawasan 2020. Pada tahap kedua pula, tumpuannya adalah kepada pembangunan sikap cinta dan setia kepada negara. Matlamatnya adalah bagi melahirkan rakyat yang sanggup berbakti dan berkorban demi mempertahankan agama, bangsa dan negara. Ini kemuncak akhlak dan moral yang tinggi yang disebut semangat patriotik. Adalah tidak bermakna andainya kita maju daripada segi ekonomi, sains dan teknologi sedangkan semangat patriotik berada di tahap rendah dan lemah.

Dalam konteks pembinaan estim kendiri yang tinggi, pendidik perlu menonjolkan model positif yang pasti boleh dijadikan contoh teladan. Pembelajaran sosial juga memerlukan model yang meyakinkan. Kerana itu, pendidik perlu ada kredibiliti akan keilmuannya dan ketrampilan ke pendidikannya. Imej pendidik akan merosot jika pendidik itu menampilkan kredibiliti yang tidak begitu mantap dan keyakinan diri yang dicabar. 

Sumber: Zulhilmi Paidi dan Rohani Abdul Ghani. (2003). Pendidikan Negara Bangsa


p/s: Berniat nak sambung master degree satu hari nanti sekiranya ada rezeki.. in Education field of course. I have found where my passion is. Alhamdulillah. rahmatilah cita-citaku Ya Allah.

Isnin, 29 November 2010

Storytelling Task - Part 2

Pictures credit to Deblin and Jamnah. My dear cheerful classmates. :)

Exhibition day. Everyone is busy setting up their lucky table.
Me (left) with my stuff ready for evaluation. Us at Deblin's (right). She had a lot of cool stuff on her table. Look at the made-by-tissue-paper wings!

Angelina (left) and Annie (right).

 
Amie's (left) and Aloysius's (right) stuff.

Both are Irma's. Look at her gorgeous spin board. Love it! :)

Daphanie's colourful stage (left) and Syaiffudin (right) pose next to his teaching aids.

A closer shot of Irma's (left) and the one on the right belongs to Jason.

Its Belinda's on the left and Johan's on the right.

 Jeremy's (left) and Deblin's (right).

Kelly's way-so-brilliant fridge with the lighted stage (left). How cool! And the one on the right is Lai's.

The hardworks finally paid wasn't it? Lets pray that everyone get a good grade for this. :)



Ahad, 28 November 2010

Storytelling Task - Part 1

I worked myself into a sweat getting this stuff ready for the exhibiton. 
So do the rest of my classmates.


 After weeks of sleepless nights, sweat, and headaches, presenting, the Lazy Jack's story teaching aids.

A boring backdrop of mine. hehe..

Three levels of worksheet. For the advance learners is in the blue,  purple one is for the intermediate learners, and the pinky one designed for weak learners.

Wordcards with phonics.

One of the pages in my does-not-have-that-stunning-colours big book. :D

Here is another page.

Jack and his wife. hahaha.. so handsome what this Jack. Aren't you supposed to be a silly man?

My magic box's filling.

Jack's mother looks like Superman? She forgets the 'S' in the chest! haha..

My last minute brochure. Fuh! Cold sweat!
ICT integrated's material. Jakun what? tekan tekan sampai everything showed correct answers.
haha.. a simple trick I learnt from Teknologi Pendidikan's class.

There you go. Finally. After weeks of headache. Lets pray for a good gred!


Khamis, 28 Oktober 2010

Enfalac A+

Bagus sgt ek susu Enfalac A+ ni?
Mahal siot!! Abang aku and wife dia mmg bagi anak dia susu ni.
Agak mahal jugak, boleh cecah rm70 setin tuuu, tp baik kot utk perkembangan awal bayi.
Yela, sel-sel otak kan mesti berhubung, makan dengan itu pembelajaran akan berlaku.
Cewah.... aku ni..... hahaha

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) — Mead Johnson Nutritionals memberi jaminan kepada para pengguna di Malaysia, Singapura dan Brunei bahawa syarikat itu tidak menggunakan tenusu atau protein yang mengandungi ramuan mentah dari China di tapak kilangnya. Katanya ujian yang dijalankan ke atas produknya menunjukkan tiada kesan pencemaran melamin. “Mead Johnson menjamin kepada para ibu bapa bahawa produk kami terus selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mead Johnson berkata ini disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang memberikan kelulusan dengan menerbitkan satu senarai yang memaparkan 25 produk sebagai selamat bagi penggunaan. Produk itu termasuk Enfalac A+, Enfagrow A+Vanilla, Sustagen Junior Honey dan Enfalac LF. Mead Johnson berkata ia mengeluarkan berjuta-juta tin dan kotak produk setiap tahun menggunakan standard kualiti tertinggi. “Produk kami tertakluk kepada pelbagai pemeriksaan kawalan mutu semasa dan selepas pengeluaran bagi memastikan kualiti dan keselamatan,” katanya. — BERNAMA


**hmmm okla tu**


Petua anak sembelit

1. Kurangkan dos susu tersebut, jika 2 sudu, kurang kepada 1
2. Amalkan kayuh basikal, pegang kaki anak dan goyang perlahan-lahan macam kayuh basikal, buat beberapa minit, dan berhenti,  selang 20 minit atau 30 minit cuba 1 kali lagi dan rehat. Ramai yang cuba petua ini berjaya.
Atau
3. Kemudian anda boleh perah limau sunkist ambil air 1 sudu dan beri pada bayi yang sembelit, doktor pun cakap bagi tu,
Jika sembelit berlanjutan, jumpa doktor, mungkin ada masalah lain.

Khamis, 2 September 2010

Scaffolding

Scaffolding.
kali pertama jumpa bila terbaca kat tajuk Pengajaran (Pedagogi),
sbb nak prepare utk presentation.
aku abaikan je...tak pahamlah apa perkataan ni.

Scaffolding.
aiiihh......Miss Fraulein sebut lagi dalam kuliah
 English - Methodology pada suatu petang tu.
tak boleh jadi ni, pekebenda la scaffolding tu.
nanti aku nak cari la.



terpaksalah perah otak baca
sebab nanti nak kena bentang.



huhu...
senang je konsep scaffolding sebenarnya.


ia ialah bantuan yang diberikan oleh guru
untuk membantu pembelajaran seorang murid itu.

dalam erti kata lain,
guru membantu murid itu
untuk menguasai sesuatu tugasan
sehingga pelajar tersebut
boleh menyelesaikan tugasannya independently.


guru tu macam membina jambatan laa,
antara pengetahuan yang telah ada pada pelajar tersebut
dengan apa yang dia belum ketahui.

 kalau tugasan tu nampak susah, pecahkan kepada bahagian2 yang lebih kecil, ikut juga kemampuan / tahap pelajar kalau ingin memberi tugasan.

sebab, jika tugasan terlalu senang, pelajar jadi bosan,
kalau tugasan terlalu susah pula pelajar mudah untuk kecewa
kerana tak dapat selesaikannya.
beri bantuan (scaffolding) sehingga pelajar mampu
untuk bergerak menyelesaikan tugasan secara independent,
kalau dia dah boleh menguasai dengan sendiri,
guru boleh hentikan bantuan gradually agar pelajar boleh berkembang.


ada banyak lagi pendekatan dalam scaffoding. ini cuma salah satu daripadanya.


itulah setakat pemahaman saya, mungkin ada kurangnya, silap salahnya,
sesiapa yang tahu, boleh la tambah. agar kita saling sama belajar. :)