1st time buat doh pizza. Xkeras sgt, so mcm ok la kot. Adik aku pun xkomplen. Telan je..
Bahan-bahan:
3 2/3 cup tepung gandum
14 g yeast (ibu roti)
1/2 sudu teh garam
1 1/2 cup air
2 sudu besar minyak masak
Cara-cara:
1. Mula-mula, campur tepung, yeast dan garam dalam mangkuk besar.
2. Buat lubang kat tengah-tengah campuran tepung tadi, then masukkan air dan minyak masak. Uli sampai jadi doh lembut. Nanti2 dia lekit2 je kat jari, sbb tu aku sapu dulu tapak tgn aku dgn minyak. heheh...
3. Pastu aku penyekkan guna tapak tgn sebab takde pencanai tu. huhu.. bolehla weh.. biarkan selama 10 minit, sampai lembut dan macam elastik sikit.
Penyek jangan tak penyek. |
4. Bulatkan doh tadi jadi macam bola. Dalam satu mangkuk besar, letak mintak sikit, ratakan dalam mangkuk. pastu masukkan doh bulat tadi, dan pastikan semua bahagian doh diminyakkan. Pastu cover mangkuk dengan plastic wrap. Ketat-ketat tau. Biarkan kat suhu bilik sampai size doh jadi double.
Kiri tu size sebelum dia mengembang. Kanan tu selepas dia mengembang.
Kalau dah kembang camni, bolehla canaikan dah.
Tadaaa.... siap topping dah. Topping cincai jer..
Sebelum dibakar. rasa nak telan je keju mozarella tu. |
Selepas dibakar. Sorila weh...tak comel pizza aku ni. Lain kali aku buat comel-comel ye. |
P/s: Sapa ada resepi topping lain2 ajar la weh.. post kat komen ye. Muak jugak aku asyik mkn topping sosej. :|
seketul je ke? hoho..ca sedap je..
BalasPadamdoh tu leh buat 2 ketul, masa tangkap gmbar ni, yg satu lagi tgh bakar dlm oven. sedap eh, nnt sy buat utk abg k :)
BalasPadamnak senang guna roti pita yang jual kt supermarket tu xyah susah2 wat doh.pastu campak je segala jenis topping. btw, meleleh air liur tgok hasil pizza di atas. ^^
BalasPadamtimmie try ler, sng + murah je cost doh ni. leh la bazir duit utk topping pulak...hehe
BalasPadam